
WAKAF PEMBINAAN DARUL QURAN WAL HADITH AS SOFA RINCHING, SELANGOR
Mahukan pahala sentiasa mengalir berterusan bermula sekarang hingga meninggal dunia pun pahalanya masih mengalir?
Daripada Abu Hurairah RA,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila matinya seseorang manusia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya" .
Mahukah kita berwakaf? Ia merupakan Sunnah Rasulullah SAW ! Sangat mudah dilakukan. Wakaf kita akan di manfaat sepenuhnya kepada penerima manfaat. Ini yang paling penting! Ia akan menjadi mesin menjana PAHALA buat kita atau siapa yang kita niatkan.
Berapa Mahar Yang Dikenakan Untuk Wakaf?
Hanya RM 30 SAHAJA untuk satu nama.
Ustaz Ahmad Zubair Bin Hassan Al Hafiz (Pengerusi Pembangunan Darul Quran Wal Hadith As Sofa Rinching) bersama arkitek Darul Quran Wal Hadith As Sofa Rinching, gambaran sebelum tanah diratakan.
Gambaran selepas tanah diratakan, pada Ogos 2020
PEMBINAAN DARUL QURAN WAL HADITH AS SOFA RINCHING, SELANGOR.
Pembinaan Darul Quran Wal Hadith As Sofa Rinching, Selangor merupakan pembinaan terbaru Darul Quran Wal Hadith As Sofa yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 3.5 ekar di Lot 585, S. Rinching, Semenyih Selangor.
Pembinaan tersebut telah bermula pada Ogos 2020 dimulai dengan meratakan tanah dan pemasangan pagar sementara.
Diziarahi oleh Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin, Pengerusi Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG) melawat tapak pembinaan serta bertemu dengan kontraktor bagi melihat perkembangan pembinaan Darul Quran Wal Hadith As Sofa Rinching.
Gerak kerja Soil Investigation yang dibuat oleh kontraktor yang dilantik, pada 6 Oktober 2020.
Berwakaf dan berniatkan pahala untuk ibu bapa yang sudah pergi, atau orang yang anda sayangi sebagai kejutan buat mereka di akhirat.
Sekiranya kejutan di sambut dengan sambutan ulangtahun cukup menggembirakan, inikan pula kejutan di akhirat. MasyaAllah! Pasti mereka sangat gembira.
Kami amat memerlukan bantuan anda untuk bersama-sama kami menyiapkan pembinaan Darul Quran Wal Hadith As Sofa, Fasa 1 dengan kos RM 1.5 Juta.
Bantu kami membina institusi ilmu untuk masa depan anak-anak kita.
Darul Quran Wal Hadith As Sofa mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga Allah memberikan ganjaran kepada apa yang anda sumbangkan kepada kami.
SUBHANALLAH !
Semoga dengannya menjadi asbab buat kita memperoleh mahligai di syurga
Jom berwakaf bersama kami serendah RM 30 untuk ibu bapa yang sudah tiada serta yang masih hidup.
Penafian :
- Selepas pembayaran di bank statement akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi hotline kami : +6013-3611528