
✨ MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG ✨
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Daripada al Hasan ibn Ali RA berkata, Rasulullah ﷺ bersabda :
حَيثُمَا كُنتُم فَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلاَتَكُم تَبْلُغُنِي
"Di mana sahaja kalian berada, ucapkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kalian itu akan sampai kepadaku".
(Diriwayatkan oleh al Tabrani)
Jalan paling selamat bagi kita di akhirat kelak adalah dengan menggapai syafaat daripada Rasulullah ﷺ. Dan syafaat Rasulullah ﷺ itu dapat digapai dengan cara memperbanyakkan selawat ke atas Baginda
Rasulullah ﷺ .
Antara perkara yang kita boleh lakukan agar kita senantiasa berselawat ke atas Rasulullah ﷺ adalah dengan meletakkan gambar selawat di rumah kita. Setiap kali kita memandangnya, pasti lidah kita akan terus mengucapkan selawat, InsyaAllah.

Gambaran Bingkai Qasidah Muhammadiah




Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad ﷺ, kami menjual Qasidah Muhammadiah yang telah siap dibingkaikan. Bingkai Qasidah Muhammadiah ini berukuran lebih kurang 2 kaki tingginya.
Setiap hasil keuntungan jualan ini akan disalurkan ke Tabung Pembangunan Darul Qur'an wal Hadith As Sofa Rinching.
Jom dapatkan segera!
Tawaran harga serendah RM 180 !! adalah TERHAD untuk 20 orang terawal sahaja!
Jangan lepaskan peluang ini!
Ayuh kita membeli sambil menyumbang!